Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan




PKG Port Dickson mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Bercuti kepada guru-guru semua sekolah ahli PKG Port Dickson. Penggredan PSS yang tertangguh, akan dijalankan selepas cuti nanti.

Monday, August 17, 2009

Kunjungan tidak rasmi


Lebih kurang pukul 9 pagi tadi, PKG Port Dickson telah dikunjungi oleh En Sujang PTP PKG Kuala Selangor. Juga merangkap wakil PTP seluruh Malaysia. Sempat juga bertanyakan beberapa perkara berkaitan PKG pada masa kini. Terima kasih kepada En Sujang dan Puan Noraini kerana sudi mengunjungi PKG kami. Cuma tak berkesempatan mengambil gambar beliau kerana menghadapi masalah dengan kamera.

Sunday, August 16, 2009

Data terkini SSQS dan SPPICT













Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.

Laporan terkini pengisian data SSQS dan SPPICT sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson.

Monday, August 3, 2009

Mesyuarat Tahunan PKG Port Dickson kali ke-15


Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Permuafakatan PKG Port Dickson kali ke-15 akhirnya berjaya dijalankan pada 31 Julai yang lalu pada pukul 2.45 hingga 5.15 petang di bilik Merpati Putih, PKG Port Dickson.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pengetua, guru besar serta wakil pengetua dan guru besar sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson. Turut hadir ialah En Kamaruzzaman bin Ayob (Penolong Pengarah BTPNNS) dan Tn Haji Ismail bin Ibrahim dari (Unit PKG BTPNNS). Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tn Haji Mansur bin Abdullah (Timbalan PPD Port Dickson).

Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut berkisar tentang penyenggaraan peralatan ICT dan aktiviti-aktiviti PKG.

Taklimat SPPICT, SSQS dan STS


PKG port Dickson telah mengadakan taklimat SPPICT, SSQS dan STS kepada guru-guru ICT dan Penyelaras Bestari sekolah-sekolah ahli pada 30 Julai yang lalu bertempat di Bilik Merpati Putih di PKG. En Abdull Halim dari BTPNNS dan En Mat Mahmood dari PKG Chuah telah dijemput untuk memberi taklimat berkaitan perkara tersebut. Seramai 26 orang guru ICT telah menghadiri taklimat yang diadakan.