Thursday, November 26, 2009

Anugerah TEKNOPEN 2009

Anugerah TEKNOPEN 2009 telah selesai dijalankan pada 25 November 2009 di pekarangan BTPNNS. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Shamsulkahar in Mohd Deli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Blog PSS sekolah kategori sekolah menengah dan sekolah rendah, perisian multimedia berasaskan powerpoint kategori sekolah menengah dan sekolah rendah, Project Based-Learning sekolah menengah dan sekolah rendah anugerah Inovasi dan juga anugerah NILAM. Majlis ini diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada warga guru dan murid sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan yang terlibat dalam menghasilkan bahan bagi tujuan P&P di dalam kelas.

Semoga anugerah yang diterima akan menjadi pendorong kepada guru dan murid untuk terus berusaha menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dari masa ke semasa.

Sunday, November 15, 2009

TEKNOPEN 2009

TEKNOPEN 2009 akan diadakan pada 25 NOV 2009. Kepada semua guru-guru sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson, jika anda berminat untuk menyertai pertandingan powerpoint, anda boleh menghantar bahan ke PKG PD sebelum tarikh tersebut. Guru-guru PSS juga diminta untuk mengemaskini blog PSS sekolah-sekolah masing-masing untuk tujuan penghakiman

Friday, October 30, 2009

INFO TERKINI PKG PORT DICKSON

1. Borang pencalonan tokoh NILAM boleh di muat turun pada pautan muat turun bahan.

2. Kepada semua GPM, sila kemas kini blog PSS anda kerana Majlis Teknopen akan diadakan dalam bulan November nanti.

3. Borang pencalonan GPM boleh diambil di PKG Port Dickson

4. Kepada semua guru-guru sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson yang ingin menyertai
pertandingan Membina Power Point, boleh menghantar terus bahan ke PKG Port Dickson.

Jika ada pertanyaan, boleh berhubung dengan pegawai teknologi pendidikan bertugas di PKG Port Dickson.

Friday, October 23, 2009

Bengkel Membina PSS Sekolah-sekolah Ahli PKG Port Dickson



Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru sekolah ahli PKG Port Dickson yang telah menghadiri bengkel membina blog pada 20 Oktober yang lalu. Amat diharapkan anda semua dapat memanfaatkan ilmu blogging yang telah diberikan. Insyaallah, PKG Port Dickson akan mengadakan bengkel kali ke 2 pada bulan November nanti. Dapatkan juga info terkini PKG melalui blog ini dari masa ke semasa.

Monday, October 12, 2009

Latihan dan Bengkel di PKG Port Dickson

1. PKG Port Dickson akan mengadakan latihan dan bengkel untuk juruteknik makmal komputer sekolah-sekolah ahli PKG P.Dickson dan PKG Chuah pada :

Tarikh : 14 Oktober 2009
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat: PKG Port Dickson

2. Bengkel dan taklimat untuk Guru ICT atau Guru Penyelaras Bestari sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson

Tarikh : 19 Oktober 2009
Masa : 2.30 pm - 5.00 pm
Tempat : PKG Port Dickson

3. Bengkel Pembinaan Blog PSS untuk Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah ahli PKG Port Dickson

Tarikh : 20 Oktober 2009
Masa : 2.00 - 5.00 pm
Tempat : PKG Port Dickson

Surat-surat panggilan akan di fax ke sekolah-sekolah. Jika terdapat sebarang masalah, boleh berhubung terus dengan Pegawai Teknologi Pendidikan yang bertugas di PKG Port Dickson.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA



Warga PKG Port Dickson mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada seluruh warga guru sekolah-sekolah ahli. Mohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan, terkasar bahasa dalam tutur bicara. Semoga aidilfitri ini membawa keberkatan kepada kita semua. Salam lebaran dari kami.

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52




[logo+merdeka.JPG]

Rasanya tidak terlalu lewat untuk kami dari PKG Port Dickson mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-52 kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Sekolah-sokolah Ahli PKG Port Dickson, rakan-rakan sealiran dan juga pengunjung blog ini. Salam Kemerdekaan dan teruskan semangat patriotik di antara kita tanpa mengira agama dan bangsa.